PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbang untuk membenarkan pesakit COVID-19 berisiko rendah menjalani rawatan di rumah, kata Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kaedah tersebut merujuk kepada pesakit positif COVID-19 tidak bergejala namun perkara itu belum dilaksanakan kerana setakat ini bilangan katil di hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah ketika ini masih mencukupi untuk merawat pesakit berisiko rendah.
Jelasnya sekiranya kaedah itu mahu dilaksanakan ia perlu mengambil kira kesesuaian ruang kuarantin di rumah pesakit.
"Kita boleh pertimbangkan mereka (pesakit COVID-19) untuk kuarantin (menjalani rawatan) di rumah iaitu melibatkan kes positif tidak bergejala untuk kuarantin di rumah.
"Tetapi perlu dilihat kepada keadaan ruang di rumah yang bersesuaian baru boleh dibenarkan. Bagaimanapun ketika ini tiada keperluan lagi (rawatan kes positif di rumah)," katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.
Beliau berkata buat masa ini kemudahan KKM masih berkemampuan untuk merawat pesakit COVID-19 kerana walaupun kes harian meningkat namun ia diseimbangkan dengan kes discaj yang tinggi setiap hari.
Dr Noor Hisham turut memperincikan penggunaan jumlah katil di sembilan hospital bagi rawatan COVID-19 di Sabah terdapat 1,123 katil, penggunaan katil 70 peratus manakala di pusat kuarantin berisiko rendah pula 4,730 katil (30 peratus penggunaan ketika ini).
Sementara itu, berikutan desas-desus bahawa pesakit peringkat awal dirawat di rumah di Sabah, Dr Noor Hisham berkata rawatan di rumah adalah antara pilihan yang perlu dipertimbangkan KKM tetapi masih belum dapat dilaksanakan.
Beliau menjelaskan bahawa apabila seseorang mengambil ujian swab, individu itu akan dinasihatkan supaya tinggal di rumah sementara menunggu keputusan ujian dalam tiga atau empat hari.
"Jadi, setelah keputusannya diperoleh pada hari kelima, kami membawa mereka ke hospital. Rawatan di hospital, pada mulanya mengambil masa 14 hari, tetapi sekarang kami mengurangkannya menjadi 10 hari, mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
"Oleh itu, semasa di rumah, ia seolah-olah kita mengendalikan mereka sebagai positif, dengan hari pertama bermula dari hari mereka mengambil ujian swab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 24 2020
Dr Noor Hisham berkata buat masa ini kemudahan KKM masih berkemampuan untuk merawat pesakit COVID-19 kerana walaupun kes harian meningkat namun ia diseimbangkan dengan kes discaj yang tinggi setiap hari. - Gambar fail
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 - Dr Dzulkefly
Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.